Stefania Liberakakis
Stefania Liberakakis

Stefania Liberakakis

Stefania Liberakakis (Bahasa Yunani: Στεφανία Λυμπερακάκη, translit. Stefanía Lymperakáki; lahir 17 Disember 2002), lebih dikenali sebagai Stefania, ialah seorang penyanyi, pelakon, pelakon suara dan YouTuber Yunani-Belanda. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan wanita Kisses, yang mewakili Belanda dalam Pertandingan Lagu Eurovision Junior 2016. Pada tahun 2020, beliau terpilih untuk mewakili Yunani dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2020 dengan lagu "Supergirl", namun edisi pertandingan itu dibatalkan kerana pandemik COVID-19.[1][2] Sebagai gantinya, penyiar Yunani ERT memutuskan agar Liberakakis mewakili Yunani dalam kontes 2021.[3][4]

Stefania Liberakakis

Pekerjaan Penyanyi, pelakon , pelakon suara, YouTuber
Nama lahir Stefania Liberakakis
Pengkarya berkait Kinderen voor Kinderen, Kisses
Laman sesawang stefaniamusic.eu
Kelahiran (2002-12-17) 17 Disember 2002 (umur 17)
Utrecht, Belanda
Genre Pop
Tahun aktif 2013–kini